perkataan yang di cari : ''

Undang-Undang Bertulis : Written Laws

Kesemua Akta-akta Parlimen, Ordinan-ordinan dan Enakmen-enakmen yang berkuatkuasa di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya dan kesemua Perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, dan termasuklah Perlembagaan Persekutuan.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Undang-Undang Kecil : By-Laws

Berhubungan dengan sesuatu pihak berkuasa tempatan ertinya mana-mana undang-undang kecil yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan itu di bawah mana-mana kuasa yang diberi kepada pihak berkuasa tempatan itu bagi maksud itu oleh mana-mana daripada peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171].


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Undang-Undang Negeri : State Laws

Undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan sesebuah Negeri, dan mana-mana undang-undang lain yang berkuatkuasa dalam sesebuah Negeri yang berkaitan dengan sesuatu perkara yang mengenainya di mana Badan Perundangan Negeri mempunyai kuasa membuat undang-undang.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Undang-Undang Persekutuan : Federal Laws

Suatu Akta Parlimen, dan apa-apa undang-undang lain yang berkuatkuasa di Malaysia atau mana-mana bahagiannya yang berkaitan dengan suatu perkara di mana Parlimen berkuasa membuat undang-undang mengenainya.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Undang-Undang Tanah Negeri : State Land Laws

Undang-undang yang sedang berkuatkuasa di Negeri berhubungan dengan tanah dan pemegangan tanah dan pendaftaran hakmilik tanah serta Pentadbir Tanah hasil daripadanya.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : UNDANG-UNDANG

Unit Kejiranan : Neighbourhood Unit

Model reka bentuk perumahan bagi 400 unit rumah atau 2,000 orang penduduk yang mengandungi kemudahan surau, dewan, tadika dan padang permainan. (f98)



Kategori : FIZIKAL
Sub Kategori : KONSEP PERANCANGAN

Unit Syer Agregat : Aggregate Share Unit