perkataan yang di cari : ''

v) Bit Polis : Police Bit

Kemudahan ini biasanya diletakkan di kawasan tumpuan orang ramai ataupun kawasan perumahan, komersial, rekreasi, perindustrian; bergantung kepada kadar dan tren jenayah bagi sesuatu kawasan.



Kategori : SOSIAL
Sub Kategori : KEMUDAHAN

v) Institusi Pengajian Tinggi/Kolej/Politeknik : Higher Education Institutions/College/Polytechnic

Menyediakan pendidikan tinggi yang membawa kepada penganugerahan diploma, ijazah atau setaraf dengannya.



Kategori : SOSIAL
Sub Kategori : KEMUDAHAN

Viaduct :

Jejambat bagi laluan kenderaan di bahagian atas kawasan yang sukar untuk dilintasi seperti kawasan berlembah, tanah kering atau lembap. Di bawah jejambat ini akan berfungsi sebagai laluan/kawasan keliaran atau kawasan mencari makanan kepada hidupan liar atau binatang.



Kategori : ALAM SEKITAR
Sub Kategori : SUNGAI

WARISAN : Heritage

Membawa pengertian generik Warisan Kebangsaan, tapak, objek dan warisan kebudayaan di bawah air sama ada disenaraikan atau tidak dalam Daftar Warisan.


Kategori : SOSIAL
Sub Kategori : WARISAN

Warisan Kebangsaan : National Heritage

Ertinya mana-mana tapak warisan, objek warisan, warisan kebudayaan di bawah air atau mana-mana orang hidup yang diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah seksyen 67, Akta Warisan Kebangsaan [Akta 645].



Kategori : SOSIAL
Sub Kategori : WARISAN

Warisan Kebudayaan : Cultural Heritage

Bentuk ketara atau tidak ketara, harta, struktur atau artifak kebudayaan dan boleh termasuk perkara, objek, butiran, artifak, struktur pembentukan, persembahan, tarian, nyanyian, muzik warisan yang penting kepada cara hidup rakyat Malaysia, dari segi sejarah atau semasa, di atas atau di dalam tanah atau warisan kebudayaan di bawah air bagi bentuk ketara tetapi tidak termasuk warisan semula jadi.



Kategori : SOSIAL
Sub Kategori : WARISAN

Warta : Gazette

Warta rasmi Persekutuan dan Negeri-negeri, dan termasuklah tambahan-tambahan kepadanya dan apa-apa warta luarbiasa.


Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : WARTA

Warta Negeri : State Gazette

Warta rasmi sesebuah negeri (termasuklah sesuatu tambahan atau Warta Khas)



Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : WARTA

Warta Persekutuan : Federal Gazette

Warta Persekutuan yang rasmi (termasuk mana-mana tambahan atau Warta Luarbiasa.



Kategori : PERUNDANGAN
Sub Kategori : WARTA

Wat :

Bangunan keagamaan mengikut kepercayaan yang berupa kuil atau candi.



Kategori : SOSIAL
Sub Kategori : KEMUDAHAN