perkataan yang di cari : ''
Laluan air yang jelas sama ada buatan atau semula jadi yang secara berkala atau berterusan mengandungi air bergerak atau yang menjadi satu penyambung antara dua badan air.
ALAM SEKITAR
Proses yang sistematik dalam analisis dan komunikasi mengenai impak atau keberkesanan sesuatu peraturan baharu/semakan terhadap peraturan sedia ada. Peraturan termasuklah perundangan utama, perundangan subsidiari, garis panduan dan dasar.
PERUNDANGAN
Analisis untuk mengenal pasti faedah dan kos bagi melaksanakan sesuatu projek dalam jangka waktu yang tertentu dengan ini dapat menentukan sesuatu projek itu sama ada berbaloi atau tidak untuk dilaksanakan.
EKONOMI
Merujuk kepada saiz penduduk semasa di sesuatu kawasan. Anggaran ini dikira setiap tahun dan kaedah yang digunakan adalah kaedah komponen kohort iaitu pengiraannya berdasarkan perubahan komponen penduduk iaitu kelahiran, kematian serta migrasi dalaman dan antarabangsa bagi tahun semasa. Anggaran ini memberi gambaran tentang pertumbuhan dan perubahan penduduk dari segi struktur dan komposisinya.
SOSIAL
Suatu ukuran jarak minimum di antara sempadan lot dengan bangunan yang disyaratkan oleh pihak berkuasa tempatan di mana sebarang pembinaan tidak dibenarkan dalam ruang/jarak tersebut. (f1)
FIZIKAL
Tempat teduhan seketika sebelum masuk ke dalam rumah. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai tempat meletakkan kenderaan. (f2)
FIZIKAL
Premis perdagangan yang ditempatkan di dalam lorong berbumbung atau di dalam bangunan yang menempatkan aktiviti perniagaan kecil-kecilan.
EKONOMI
Sungai, tasik, kolam, tanah lembab, paya persisir pantai, air tanah dan badan air yang lain sama ada semula jadi atau buatan termasuk tebing dan lapisan atau mana-mana bahagian tersebut atau persekitarannya.
ALAM SEKITAR