PENGENALAN:

Dasar Keselamatan Siber (DKS) Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia) mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan peralatan ICT dan ruang siber. Peraturan-peraturan ini perlu difahami dan dipatuhi oleh semua Pengguna, Pembekal dan Pihak Ketiga dalam melindungi maklumat di PLANMalaysia. Dasar ini juga menerangkan kepada semua Pengguna, Pembekal dan Pihak Ketiga mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT dan siber PLANMalaysia.



TUJUAN:

DKS PLANMalaysia diwujudkan untuk memastikan pengurusan tadbir urus keselamatan siber bagi semua inisiatif digital PLANMalaysia dipatuhi bagi meredakan kebimbangan mengenai masalah keselamatan maklumat.



OBJEKTIF:

  1. Memastikan kelancaran operasi pendigitalan PLANMalaysia dan meminimumkan kerosakan atau kemusnahan disebabkan insiden keselamatan siber;
  2. Melindungi kepentingan pihak-pihak yang bergantung kepada sistem ICT daripada kesan kegagalan atau kelemahan dari segi kerahsiaan, integriti, kebolehsediaan, kesahihan maklumat dan telekomunikasi;
  3. Meminimumkan kos penyelenggaraan aset ICT akibat ancaman, godaman dan penyalahgunaan;
  4. Memperkemaskan pengurusan keselamatan siber PLANMalaysia; dan
  5. Menghindari tindakan penggodaman ruang siber yang dituju kepada sistem ICT atau laman web rasmi PLANMalaysia.


PEMATUHAN:
Bagi pematuhan DKS sila ikuti 2 langkah di bawah (Klik pada gambar) :



1

Avatar
Muat Turun Dokumen

Dasar Keselamatan ICT PLANMalaysia

2

Avatar
Baca, Faham dan Patuh

Dasar Keselamatan ICT PLANMalaysia

Loading PlanNet, please wait...
© 2024 DKS System powered by STM, BKP PLANMalaysia